Wajarkah Silat Seni Gayong diajar kepada mereka yang tidak mengucap dua kalimah syahadah?
Isnin, Julai 27, 2009
SALAM SEGAYONG DARI TUNISIA DAN SYRIA
Awal Julai 2009, saudara segayong dari Tunisia dan Syria telah bertandang ke Malaysia dengan tujuan menambah ilmu Silat Seni Gayong. Saudara Wadi dari Tunisia dan saudara Yahya dari Syria. Diam-diam ubi berisi, begitulah yang dapat Admin umpamakan terhadap mereka berdua. Dalam pada mereka belajar Seni Keris, Tongkat Panjang, Simbat Suk dan Parang Panjang dari Pak Ngah Izhar, Admin mengambil kesempatan mengorek 'rahsia' mereka berdua. Rupa-rupanya mereka boleh dikategorikan sebagai pakar dalam permainan TEKPI dan NUNCHAKU. Kemahiran mereka dalam permainan senjata tersebut bukan omong kosong kerana Admin melihat dengan mata Admin sendiri akan kemahiran mereka itu. Saudara Wadi telah mengajar Admin teknik-teknik dalam permainan NUNCHAKU manakala saudara Yahya pula mengajar Admin permainan TEKPI. Walaupun Admin telah mempunyai asas pelajaran TEKPI, tetapi Admin kagum dengan Seni permainan yang dipertontonkan oleh saudara Yahya.
Dibawah ialah gambar kenangan Admin (kanan) bersama saudara Wadi (tengah) dan saudara Yahya (kiri) semasa Admin membawa mereka menjamu selera di Restoran K.E Corner, Kamunting:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan