PaNaS PaNaS PaNaS

GAYONG

MAKLUMAT DIRI ANAK GAYONG

Fill out my online form.

Wajarkah Silat Seni Gayong diajar kepada mereka yang tidak mengucap dua kalimah syahadah?

Isnin, Julai 28, 2008

Logo-Logo Gayong

Sajak Gayong

Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta

Seni Gayong payung pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan di purbakala
Ilham menyusul zahir semula

Niat yang bersih baunya suci
Berseru kepada putera dan puteri
Agama yang mulia dijunjung tinggi
Belalah bangsa, adat dan negeri

Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju

Matahari terbit Palembang Seguntang
Tanahnya subur ditanam padi
Keris dihunus, dipegang, dijulang
Kesatriaan pahlawan timbul kembali

Gayong emas kendi pusaka
Bekalan air raja kesakti
Keris kuhunus langkah ku mula
Bangsa Melayu sudah terpuji

Besi kuning besi kesakti
Anak panah Sang Rajuna
Kembali Gayong kebudayaan asli
Di Tanah Melayu hulubalang tua

Tempana Nipis nama asalku
Keris pusaka Ratu Dewangga
Niat derhaka kepada rajaku
Taming menyerah keris pusaka

Tempana Nipis nama asalku
Besi tua di Tanah Jawa
Hidup kembali kebudayaan bangsaku
Tidak Melayu hilang di dunia

Majapahit nama negara
Tempat ratu raja Jawa
Kalau diguna akal bicara
Kebudayaan Melayu subur semula

Seni Gayong seni asli
Dewi pusaka ibu pertiwi
Umat Melayu menjunjung tinggi
Akhir hayat tidak dilupai

Seni Gayong sudah terpuji
Dijunjung oleh seluruh negeri
Pemuda-pemudi harus pelajari
Agar Gayong kekal abadi

Seni Gayong seni Melayu
Tidak senang untuk ditiru
Taat setia untuk mengaku
Supaya menjadi lambang Melayu

Seni Gayong seni pusaka
Junjung oleh putera negara
Supaya digiat taat setia
Amanah guru harus dijaga

Rabu, Julai 23, 2008

Sticker "SiLAT" untuk dijual...

Berkualiti tinggi, kalis air, UV, murah dan terhad.
Hanya RM2.00/sticker.










Untuk memilikinya, ikuti langkah-langkah berikut...
Langkah 1: Bank in duit mengikut jumlah sticker yang anda inginkan.
 Satu sticker RM2.00, dua sticker RM4.00 dan seterusnya...

Bank: Maybank
No. Akaun: 158293588954
Nama: Rizal Effendi Bin Mohd Lokman

Langkah 2:
SMS Nama Penuh Anda, Alamat Lengkap, Tarikh dan masa duit di bank in dan hantar ke 017-5141415

Contoh: Sipolan bin Sipolan No. 26, Taman Astakona, 33300 Dindings, Perak 30/03/2008 14:59:23 hantar ke 017-5141415
atau
buat wang pos mengikut jumlah sticker (RM2.00/sticker) atas nama RIZAL EFFENDI BIN MOHD LOKMAN dan poskan wang pos berkenaan berserta nama penuh anda dan alamat lengkap anda ke alamat

NO. 30, JALAN 4, TAMAN SENTOSA, 34000 TAIPING, PERAK. sticker akan tiba ke alamat yang anda berikan dalam masa 10 hari bekerja, insyaALLAH...