PaNaS PaNaS PaNaS

GAYONG

MAKLUMAT DIRI ANAK GAYONG

Fill out my online form.

Wajarkah Silat Seni Gayong diajar kepada mereka yang tidak mengucap dua kalimah syahadah?

Khamis, Februari 26, 2009

TINGGAL KENANGAN...

Isnin, Februari 23, 2009

KRONOLOGI KISAH GAYONG

Tahun 1813 Daing Kuning tujuh bersaudara mendarat di Kuala Larut, tempat mendarat dinamakan Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning).Hanya Daing Kuning yang terus menetap dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Daing Kuning berkahwin dengan seorang puteri Raja Pattani dan dikurniakan anak iaitu Penghulu Che Ngah Tambah. Che Ngah Tambah ialah seorang pembesar negeri Perak(Orang Besar Lapan). Tahun 1875 Daing Kuning meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Tupai, Taiping. Che Ngah Tambah mempunyai empat orang isteri. Dari salah seorang isterinya, beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Uda Mohd.Hashim. Anak-anak beliau yang lain ialah Long Khatijah(Long), Mariah(Yah), Aminah(Minah), Mariam(Yam); isteri lain – Alang Ahmad, Putih Mat Salleh, Ahmad dan Abdul Wahab. Awal 1900-an Uda Mohd.Hashim bernikah dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas(seorang janda cantik). Mereka telah berpindah dari Ayer Kuning ke Kampung Lake Garden, Taiping(dikurniakan tiga orang anak – Meor Abdul Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa’diah di samping tiga anak daripada suami pertama Sharifah Aluyah iaitu Alin, Hendon dan Putih). 21 Ogos, 1915 Meor Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Lake Garden. Tahun 1925 Berpindah ke Kampung Pokok Assam Bersekolah di Sekolah Melayu Taiping (di Kamunting). Tahun 1928 Mula belajar Silat Seni Gayong daripada datuknya,Syed Zainal Al-Attas bersama-sama dengan 40 rakan. Tahun 1931 Tamat mempelajari Silat Seni Gayong, tetapi tidak dikhatamkan. Tahun 1933-35 Bersekolah di Sekolah Inggeris Kamunting dan Government Trade School, Ipoh. Sering menziarahi kakaknya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah(bersuamikan Zainal Abidin, seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor di Balai Polis Kota Sarang Semut). Tahun 1936 Menetap di rumah baru Hendon di Kuala Nerang, Kedah(Zainal Abidin dinaikkan pangkat ke pangkat ASP dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang). Berkawan dengan Tengku Nong, anak saudara Tunku Abdul Rahman. Berkenalan dengan Tok Mek Jah (berasal dari Menam, selatan Thailand) di pekan Rabu, Kuala Nerang. Mengikuti Tok Mek Jah pulang ke Menam. Perjalanan menembusi Padang Sanai (bertanding dengan juara tomoi), Padang Terap (menemui Tok Choh), Kuak (menginap di rumah Lenchon, ketua kampung Siam; patahkan duit syiling perak untuk mengelak daripada bertarung dengan jaguh tomoi tempatan), Menam(dinding rumah penduduk diperbuat daripada kulit binatang). Di dalam hutan Menam, Meor Abdul Rahman dikhatamkan oleh Hang Tuah (dalam mimpi?) di batu hitam (batu hitam ini sekarang telah ditenggelami air untuk dijadikan empangan). Meor Abdul Rahman telah menghadap Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar di Manong dan menyembahkan taat setia. Beliau telah diuji dengan pelbagai ujian oleh Sultan. Sultan berpuas hati, memberi gelaran "Panglima Sendo Perak", dan berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat. Meor Abdul Rahman diminta tinggal di istana. Tahun 1938 Sultan Alang Iskandar mangkat. Meor Abdul Rahman kembali semula ke Kampung Pokok Assam. Beliau telah dikahwinkan dengan Kalsom binti Hj.Kechik di Kota Sarang Semut. Kalsom adalah orang tempatan Kota Sarang Semut dan telah tinggal bersama Hendon sejak Hendon menetap di Kota Sarang Semut lagi. Selepas berkahwin, mereka suami-isteri menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang. Penghujung 1938 Meor Abdul Rahman merantau ke Singapura bersama Zainal Abidin(sepupu). Bekerja sebagai tukang kimpal di Naval Base. Naval Base baru sahaja dibuka dan dirasmikan pada ketika itu. Pertengahan 1939 Bekerja sebagai mekanik di Royal Signal Corps, Gillman Barrack. Menewaskan guru kombat yang berasal dari Hong Kong lalu dilantik menjadi guru kombat Royal Signal Corps yang baru. Membawa isteri, Kalsom binti Hj.Kechik ke Singapura. Tahun 1941 Pulang ke Kota Sarang Semut.Tinggalkan isteri, Kalsom binti Hj.Kechik yang sedang sarat mengandung di rumah Hendon di Kuala Nerang. Dalam perjalanan pulang ke Singapura, beliau singgah di Taiping untuk menziarahi sepupunya, Nuteh binti Alang Ahmad. Beliau telah terpikat dengan anak Nuteh, Faridah binti Yusof(Anin). Tidak lama selepas itu, beliau telah berkahwin dengan Faridah dan dibawa ke Singapura. Menyewa bilik di Bushi Park, Prince South Street(dekat pawagam Cathay); kemudian disertai oleh Kalsom binti Hj.Kechik. Tahun 1942 Berpindah ke Raden Mas (di Kampung Baru). Menyewa sebuah rumah(dua isteri, ibu mertua, adik ipar lelaki, dan anak,Fadhilah). Februari,1942 Perang Dunia Kedua meletus di Singapura. Meor Abdul Rahman telah membina kubu bawah tanah. Berpindah ke Batu 5 ½ Pasir Panjang(ada jeti di situ). Kemudian berperahu ke Pulau Sudong. 17 Februari,1942 Pukul 11.00 pagi, di rumah penghulu Pulau Sudong, tujuh orang murid pertama Gayong: Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Mustapa, Kekeh, Wak Bendol dan Wak Kusang diperlimausintukkan. Berjaya menyelamatkan penduduk wanita Pulau Sudong daripada ancaman keganasan tentera Jepun. Pertengahan 1942 Kembali ke Taiping. Tahun 1943 Dituduh menderhaka oleh tentera Jepun, lalu beliau telah ditangkap dan dipenjarakan di Taiping. Dijatuhi hukuman gantung tetapi beliau telah melawan, kemudian dibebaskan. Dua minggu kemudian dipaksa menyertai tentera Jepun sebagai polis Jepun (Kempeitai). Ditugaskan di Taiping dan kemudian di Ipoh (Kampung Selibing). Berkahwin dengan Syarifah Rehan binti Syed Chik(saudara sebelah ibu)(sebulan kemudian berpisah). Tahun 1945 Kembali semula ke Pulau Sudong dan ditawarkan menjadi Penghulu Besar.Gayong berkembang di wilayah Indonesia. Pulau Sudong menjadi Pusat Silat Seni Gayong. Tahun 1947 Berpindah ke Singapura kerana ditawarkan bekerja di Malayan Secret Service - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura(ditugaskan menahan orang politik). Empat bulan kemudian, mohon bertukar jabatan - bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah (ditugaskan di bahagian Merinyu Timbangan – mencegah penyeludupan dan penipuan dalam timbangan). Dari Bahagian Merinyu Timbangan, kemudian berpindah ke Balai Polis Central, Singapura(mata-mata gelap berpangkat Sarjan). Tinggal di tingkat dua, Kuarters Polis, Jabatan Siasatan Jenayah. Memiliki motosikal Triumph sebagai kenaikan. Isteri kedua, Faridah belajar menjahit di Geylang Serai manakala isteri pertama, Kalsom tinggal di rumah mengasuh anak. 23 Disember,1947 Dikurniakan pingat King George VI oleh Kerajaan British. Tahun 1949 Gayong diperkenalkan kepada rakan-rakan di Jabatan Siasatan Jenayah. Tujuh orang murid pertama di tanah besar Singapura; antaranya Ahmad Suni, Mansor Fadal, Sinwan(CID), Jonid Hanim(CID), Salim(CID) dan Hosni Ahmad. Bakar Sampah menjadi pusat latihan Gayong bagi tahun 1950-an. Tahun 1954 Barisan wanita pertama sertai Gayong(kedua-dua isteri Mahaguru, Che Asmah/isteri Jonid, Aisyah/isteri Mansor Fadal, Rafeah Fadal, Hindun, Intan). Diserahkan di bawah pengawasan Ustaz Salim dan Said. Jonid telah dilantik menjadi Wakil Tunggal di Singapura semasa ketiadaan Mahaguru. Tahun 1955 Gayong berkembang di Studio Jalan Ampas.Antara yang menyertainya ialah Jasni Ahmad, Neng Yatimah(ibu bapa Roseyatimah), Kasma Booty, A.Rahim, dan Nordin Ahmad. Kasma Booty ialah wanita pertama yang diuji berjalan di atas bara api serta lengannya dituris dengan pisau. Gelanggang Gayong di Singapura pada tahun 1950-an: Bakar Sampah Jalan Red Hill(Jonid) Kg.Ubi(Jonid) Sek.Men.Victoria(Hussain Kaslan) Balestiar Road(Jasni Ahmad) Kg.Tentera British(Nordin Abd.Rahman) Kg.Melayu(Abbas) Sim Avenue(Mansor Fadal dan Jonid) Paridah menjalankan kelas jahitan di Batu 4 ½ Pasir Panjang(rumah kedai dua tingkat). Meor Abdul Rahman telah berpindah ke tingkat atas kedai(tingkat bawah disewa oleh Faridah). Murid Gayong bertambah ramai - Meor Abd.Rahman melantik Hosni Ahmad membantu Jonid mengajar di gelanggang serta menjalankan perlimau adat. Berpindah ke Alexandra(menyewa rumah teres batu). Faridah menjadi guru jahitan di Alexandra, Bukit Timah, Tanjung Pagar dan di Sekolah Latihan Polis, Thompson Road. Tahun 1957 Tengku Kassim, Tengku Laksamana Kedah datang ke Singapura menemui Meor Abdul Rahman. Rombongan Silat Seni Gayong seramai 43 orang mengadakan persembahan silat di Sultan Abdul Hamid Sport Club. Berpindah pula ke Woodlands(setelah dua tahun menetap di Alexandra). Meor Abdul Rahman membina dua rumah papan(terletak dekat dengan kem tentera dan berhampiran pantai). Kalsom membuka kedai runcit. Faridah mengajar jahitan di Balai Keranji, Woodlands. Pusat Latihan Silat Seni Gayong ditubuhkan di Lorong Fatimah, Woodlands. Tahun 1958 Perkhataman keris kali kedua di Melaka. Tahun 1959 Dato’ Onn Jaafar bertemu dengan Meor Abdul Rahman dan melamar untuk menjadi ahli Gayong. Dato’ Onn telah dilantik sebagai Penasihat dan Waris Beradat Gayong. Meor Abdul Rahman diundang ke Melaka untuk mengadakan persembahan silat di Bukit Lintang. Lembaga Beradat Gayong mula dibentuk dengan perlantikan Orang Besar 4,Orang Besar 8, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. Meor Abdul Rahman bersama Dato’ Onn Jaafar serta rombongan Gayong dari Singapura telah melawat Kedah. Tahun 1961 Meor Abdul Rahman bersara daripada perkhidmatan kerajaan(kepolisan) dan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembangkan Gayong, berpusat di kediamannya, di No.13A, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. 9 Disember 1961 Sharifah Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning. Tahun 1962 Meor Abdul Rahman melawat Kedah, dan membawa guru-guru dari Kedah untuk mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan, Johor dan Singapura. Meor Abdul Rahman telah mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato’ Onn telah merangka perlembagaan pertubuhan. November 1962 Meor Abdul Rahman membawa guru-guru Kedah di Singapura bergerak naik ke Melaka dan membuka gelanggang di Taboh Naning, Alor Gajah dan Bukit Lintang. Disember,1962 Meor Abdul Rahman melantik Abd.Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni Gayong. Januari,1963 Meor Abdul Rahman bersama rombongan Gayong dari Singapura melawat ke Kedah. Mac,1963 Meor Abdul Rahman membawa tujuh orang guru dari Kedah untuk kembangkan Gayong ke seluruh Tanah Melayu. Tiba di Perak, buka gelanggang di Kampung Ayer Kuning, Kampung Terong dan Kampung Lubuk Terong. Dari Perak, rombongan seterusnya menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura. Meor Abdul Rahman telah memanggil semua guru yang bertugas di Semenanjung untuk menghadiri kenduri perkahwinan Fadhilah di Lorong Fatimah, Woodlands. 22 Oktober,1963 Pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361. Tahun 1964 Mesyuarat Agung PSSGM pertama di Gurun ,Kedah. Meor Abd.Rahman(YDP) dan Meor Abdul Aziz(NYDP). Ibu pejabat PSSGM berpindah ke Kota Sarang Semut – Meor Abdul Rahman turut berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah. Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong telah berpindah dari Woodlands, Singapura ke Kota Sarang Semut, Kedah. Bagaimanapun, upacara adat istiadat dijalankan di Ayer Kuning, Taiping. Gayong Perdana yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abd.Halim Muadzam Syah. 18 Februari,1964 Uda Mohd.Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning. Tahun 1965 Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu, Melaka. Tahun 1966 Meor Abdul Aziz (kekanda Dato' Meor Rahman) meninggal dunia. Tahun 1967 Istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning, Taiping. 31 Ogos,1967 Sambutan 10 tahun Merdeka - 500 orang ahli Gayong telah mengetuai perbarisan. Tahun 1969 Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning, Taiping.Dato’ Harun Hj.Idris diisytihar sebagai Imam Khalifah Selangor. Tahun 1970 Meor Abdul Rahman bersama Setiausaha Agung PSSGM dan dua gurulatih Gayong Selangor diundang ke Osaka, Jepun (mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka ‘70). Balai adat PSSGM dibentuk di Ayer Kuning. 27 Januari,1971 Balai Adat dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Syah. Sultan Idris bersetuju menjadi Penaung Agung Silat Seni Gayong Malaysia Tahun 1971 Meor Abd.Rahman dikurniakan darjah kebesaran Dato'Paduka Chura Simanjakini(DPCM) oleh Sultan Perak(membawa gelaran Dato’) dan Dato’ Meor Abdul Rahman telah menggelarkan Sultan Perak, Sultan Idris Syah dengan gelaran Sang Sapurba Negara. Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Tahun 1973 Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia. Dato’ Meor Abdul Rahman menewaskan Bruce Lee di Hong Kong. Tahun 1974 Balai Adat baru dibina, khas untuk dilangsungkan upacara adat istiadat pertabalan, penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi. Dato’ Meor Abd.Rahman melawat Sabah, bertemu Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah.Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam. Mac,1975 Tun Abdul Razak ditabalkan sebagai Timbalan Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Tahun 1976 Dato’Meor Abd.Rahman dan isteri pertama, Kalsom Hj.Kechik melawat Sarawak, bertemu dengan Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak. 11 Disember,1976 Televisyen BBC London merakamkan upacara Mandi Minyak di Dewan Belia Kampung Pandan yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman. Julai,1977 Perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik, Perak. Ogos, 1977 Cikgu Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh Dato' Meor Abdul Rahman kerana difitnah. April, 1978 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia(PSSPGM) ditubuhkan dan didaftarkan di Pulau Pinang dengan restu Dato' Meor Rahman. 20-23 Februari,1985 Dato’ Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali pertama. Menghadap Sultan Brunei. Januari,1986 Datin Kalsom Hj. Kechik meninggal dunia. 19-21 Mac,1986 Dato’ Meor Abdul Rahman melawat Brunei kali kedua. Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Tuan Haji Ahmad Nayan bin Saad melawat London. Disember,1987 Dato’ Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat Sedunia di Kuala Lumpur. Pengakuan aktor terkenal Indonesia, Dicky Zulkarnain bahawa bukan beliau yang menewaskan Bruce Lee tetapi Dato’ Meor Abd.Rahman. Disember,1989 Pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan perlantikan Tan Sri Muhammad bin Muhd. Taib sebagai Imam Khalifah Gayong Selangor. Mei,1991 Perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abd.Rahman di Port Dickson, Negeri Sembilan. 23 Jun,1991 Dato’ Meor Abdul Rahman meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre. Beliau dimakamkan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping. Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Faridah Yusof dan anak-anaknya Siti Fadhilah, Siti Kalsom, Badek Ruzaman, Sazali, Sheera dll. Ogos 1994 Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia didaftarkan di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tahun 2007 Yang Berbahagia Pemegang Amanah merangkap Ibu Gayong, Puan Siti Kalsom Dato' Meor Abdul Rahman (atau nama sebenarnya Rakiah binti Naning) kembali ke rahmatullah. Tahun 2008 Yang Berbahagia Datin Faridah binti Yusuf (balu Almarhum Dato' Meor Rahman) kembali ke rahmatullah.

SERUAN UNTUK MUDA MUDI

Acap-acap di tepi laut
Buaya ganas melintang kuala
Sebelum ajal berpantang maut
Takkan Melayu hilang di dunia.

Anak Cina bermain gasing
Mari bermain di kota raja
Bangsa Melayu tidak terpusing
Kerana setia kepada negara.

Tanah Melaka tanah pusaka
Tempat lahir panglima negara
Wahai pemudi juga pemuda
Bangunlah kamu mempertahankan negara.

Tanah Melaka tanah purba
Tempat berbagai aneka sejarah
Kalau kata sudah dikota
PANTANG MELAYU MENYERAH KALAH.

ANAKKU ANAK IBUMU!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Alamat binasa badan sendiri.

Mendaki gunung meredah lurah
Mencari ramuan pengubat hati
Ilmu GAYONG bukannya mudah
Seni turunan wali kesakti.

Mencari ramuan pengubat hati
Beranyut ke hilir panduan resemi
Seni turunan wali kesakti
Menjaga air mengawal bumi.

Beranyut ke hilir panduan resemi
Lenggang bertapak seni memandang
Menjaga air mengawal bumi
Tegap menapak teguh menjulang.

Lenggang bertapak seni memandang
Memohon tahjud menadah sentiasa
Tegap menapak teguh menjulang
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

Amanat Mahaguru

Jangan ditepuk susu di dulang Anak harimau tak dapat menyusu Jangan dipecah rahsia hulubalang Nanti harimau hilang kuku. Jangan tepuk darah di dulang Anak harimau mencari ibu Jangan pecah mantera hulubalang Nanti harimau hilang asu. Jika ada dulang di tangan Jangan biar jatuh terhempas Jika ada senjata di tangan Jangan biar orang rampas. Pecah Gayong di dalam dulang Dulang hanyut lautan tujuh Pecah Gayong perpecahan sayang Suatu masa kembali berteguh.

Selasa, Februari 10, 2009

DIARI SILAT

19 Februari 2009: Perasmian Gelanggang Gayong Warisan di Padang Serai, Kg. Matang Acheh, Beruas, Perak oleh Yang Amat Mulia Raja Mudzaffar ibni Almarhum Raja Muda Musa (adinda DYTM Raja DiHilir Perak).
21 Februari 2009:
Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa Kebangsaan, Majlis Pengkhataman Keris Kebangsaan di Bilik Mesyuarat JAPERUN, Lendu, Masjid Tanah, Melaka pada jam 2.30 petang.
28 Februari 2009:
FREE STYLE FIGHTING
Anjuran GCS Tomoi Academy Kg. Banggol Pasir, Changkat Jering, Perak.
Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat: Taiping Sentral (bersebelahan TESCO Taiping)
Yuran Penyertaan: RM10.00
Pendaftaran, Timbang & Taklimat: 27 Februari 2009 (Jumaat)
Syarat-syarat:
1. Berumur 16 hingga 40 tahun.
2. Sihat tubuh badan.
3. Memakai glove & pelindung kemaluan.
4. Anggota Tentera / Polis TIDAK DIBENARKAN menyertai.
15 Mac 2009: Pemilihan Atlet SUPER Daerah Manjung.
Tempat: SK Seri Bayu, Sekolah Wawasan, Seri Manjung.
Kelayakan: berumur 16 tahun (9 Jun) hingga 20 tahun.
Borang penyertaan, hubungi Cikgu Ahmad Tajuddin (013-5309800).
Atlet mestilah bermastautin dalam daerah Manjung, bagi atlet luar daerah dan ingin menyertai daerah Manjung, dikehendaki mendapat kebenaran Pejabat Belia Sukan Daerah asal.
13 Mac 2009 (Ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian)
Majlis Mandi Tapak & Mandi Seni
Tempat: (Gelanggang Daeng Bugis, Air Kuning) Perkarangan Rumah YBhg. Sazali bin Dato' Meor Abdul Rahman.
Masa: 9.00 malam
Bayaran: RM15.00 (termasuk bahan & alatan)
Maklumat lanjut sila hubungi 017-5141415 (Cikgu Rizal)
21 Mac 2009:
Demo PSSGM Taiping di Penjara Kajang sempena perkahwinan anak pegawai penjara.
28 Mac 2009 (Ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian)
Program "DAULAT TUANKU" (Ini adalah program tertutup)
Tujuan: Menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Sultan Perak.
Tempat: Perkarangan Kediaman Rasmi Dato' Seri Orang Besar Jajahan Larut, Matang & Selama
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Anjuran: Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia daerah Larut, Matang & Selama
1 April 2009:
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pencak Silat JPN Perak 2009
Tempat: JPN Perak, Ipoh.
Masa: 2.30 petang.
Pegawai terlibat:
1. En. Mohammad Kamal bin Yahya (Pengerusi Teknik Negeri)
2. En. Kholid bin Salleh (Pen. Pengerusi Teknik Negeri)
3. En. Anuar bin Ahmad (Pegawai Teknikal Silat Seni)
4. En. Jusnizan bin Ramli (Pegawai Teknikal Seni Muzik)
5. En. Ahmad Tajuddin bin Ayeob @ Hashim (Pegawai Teknikal Silat Olahraga)
6. En. Rizal Effendi bin Mohd Lokman (Pegawai Pengurusan Data / Maklumat)
7. En. Noorhisyam bin Shaari (Pegawai Teknikal Silat Seni)
8. Semua Pengerusi Teknik Silat setiap Daerah
9. Semua Penyelia Ko-kurikulum setiap Daerah
April 2009:
Persembahan silat pelbagai perguruan sempena Karnival Silat anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Taiping. (Terperinci, hubungi Sdr. Nazir - 016-5981736)
Latihan GAYONG Daerah Larut, Matang & Selama:
1. Gelanggang Air Kuning (Rumah Yang Berbahagia Sdr. Sazali Bin Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman) setiap Sabtu jam 9.00 malam.
2. Gelanggang Jelai (SMK Jelai, Batu Kurau) - khas untuk guru-guru sahaja - setiap Selasa jam 9.00 malam.
16 Disember 2008:
Mesyuarat Persatuan Guru-Guru Utama Seni Beladiri Malaysia bersama Menteri Belia & Sukan Malaysia Dato' Ismail Sabri Yaakob di Bilik JK1, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.