PaNaS PaNaS PaNaS

GAYONG

MAKLUMAT DIRI ANAK GAYONG

Fill out my online form.

Wajarkah Silat Seni Gayong diajar kepada mereka yang tidak mengucap dua kalimah syahadah?

Isnin, Julai 20, 2009

PERTANDINGAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK 2009

Tanggal 3, 4 & 5 Julai 2009, Pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Negeri Perak telah diadakan di SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan. Sebanyak 17 kategori dipertandingkan dan 8 daerah merebut gelaran johan. Hanya daerah Kuala Kangsar & Hulu Perak sahaja yang tidak menghantar penyertaan. Seperti yang diduga, persaingan yang amat sengit berlaku dalam kategori Silat Olahraga & Silat Seni. Dalam pertandingan ini, LMS berjaya membawa pulang 11 emas, 2 perak & 3 gangsa sekaligus muncul sebagai Johan Keseluruhan. Kejayaan LMS telah tersiar dalam akhbar SINAR HARIAN bertarikh 6 Julai 2009 (Isnin). Latihan pusat kontinjen Perak akan diadakan di PULARES, Batu Gajah pada 23-27 Julai 2009 (Fasa 1) & 30 Julai - 2 Ogos 2009 (Fasa 2). Tarikh pertandingan peringkat kebangsaan ialah 2-6 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Semoga para pesilat Perak dapat menobatkan PERAK NOMBOR SATU pada tahun ini. Amin...!!!

Tiada ulasan: